Connect with us

Oh! Media

“Dulu Duduk Rumah Flat, Susah Senang Bersama” – Shuhada Dinasihat Aliff Syukri Kembali Berbaik, Maafkan Hafidz Roshdi 

Oh! Artis

“Dulu Duduk Rumah Flat, Susah Senang Bersama” – Shuhada Dinasihat Aliff Syukri Kembali Berbaik, Maafkan Hafidz Roshdi 

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri menerusi media sosial dilihat ada bertemu isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bagi tujuan berkongsi rasa dan perasaan susulan tragedi yang menimpa rumah tangga mereka baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Dalam video pendek itu, Shuhada kelihatan sebak dan menangis ketika mengenang kembali kenangan rumah tangganya ketika awal-awal dahulu.

BACA : Shuhada Balas Surat Terbuka Hafidz Roshdi, Sanggup Tak Sambung Belajar Demi Suami

Dato Aliff kemudian meminta ibu kepada dua anak itu untuk menceritakan saat-saat awal perkahwinan mereka untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Kitaorang duduk flat masa awal-awal kahwin, susah senang sama-sama.

Link video: Instagram Aliff Syukri

Usahawan itu juga dilihat memujuk Shuhada agar mempertimbangkan keputusan untuk berbaik semula dengan suaminya itu selain memaafkan kesalahan Hafidz Roshdi.

Namun begitu, saranan Aliff itu dibangkang kebanyakan netizen yang rata-ratanya meminta agar Shuhada ‘move on’ sahaja dan tidak berpatah balik kepada suaminya itu.

Sampai bertanda muka tu nak bagi peluang apa lagi? Biar Shu buat keputusan sendiri. Dia yang hidup dengan mamat psycho tu. Dia tau baik buruk untuk masa depan dia & anak-anak.

Difahamkan Aliff juga telah mempelawa Shuhada untuk menjadi duta koleksi hijab keluarannya kelak.

Kredit: Instagram Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas