Connect with us

Oh! Media

Hubungan ‘Dingin’ Lepas Kes Hampir Bertumbuk, Ammar Alfian Dan Syamsul Yusof Kini Berdamai

Ohmedia ammar Alfian

Oh! Artis

Hubungan ‘Dingin’ Lepas Kes Hampir Bertumbuk, Ammar Alfian Dan Syamsul Yusof Kini Berdamai

Hubungan dingin selama 13 tahun antara pelakon Ammar Alfian dan pengarah Syamsul Yusof akhirnya menemui jalan damai.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ammar melalui perkongsian dalam aplikasi Threads, memaparkan Syamsul memeluknya dengan wajah ceria.

13 tahun berlalu, Ammar Alfian dan Syamsul Yusof berbaik

Dalam hantaran tersebut, Ammar Alfian meluahkan rasa lega dan menyifatkan perkara yang berlalu biarlah berlalu.

IKLAN
Ammar Alfian

Katanya lagi, tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik buat mereka berdua. Di ruangan komen perkongsian, peminat menyambut baik perkhabaran tersebut.

Peminat berharap hubungan mereka kekal positif dan mencadangkan mereka bekerjasama dalam projek filem aksi pada masa akan datang.

“Hidup mesti diteruskan, tiada yang sempurna” – Peminat

Ammar Alfian
Ammar Alfian

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hubungan dua pelakon berbakat ini mula renggang sejak insiden pada 2013.

Mereka dikatakan hampir bertumbuk di sebuah restoran di Publika dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

#OhmediaNasihat

Meskipun mengambil masa yang lama untuk berdamai, dua selebriti ini akhirnya berjaya merendahkan ego masing-masing. Ini menunjukkan sikap matang yang harus dijadikan sebagai contoh buat orang ramai.

Ohmedia ammar Alfian

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Threads @ammar_alfian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas