Connect with us

Oh! Media

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Kepada Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman

heliza kahwin

Oh! Artis

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Kepada Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman

Seronok lihat orang mulakan tahun baru 2022 dengan hari yang cukup bahagia untuk diri mereka. Setiap orang mesti ada kisahnya, sama juga dengan Heliza Helmi yang baru sahaja dikejutkan dengan berita perkahwinan dirinya dengan seorang usahawan bergelar Datuk Seri.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Terkejut Lihat Gambar Heliza Helmi Kahwin Dengan Usahawan Jutawan Datuk Mahadi

Sejak pagi tadi sudah mula tersebar gambar menunjukkan majlis pernikahan Nur Heliza Helmi bersama Founder dan Presiden AUF BMZ, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman.

Berita perkahwinan disahkan photographer artis terkenal

Aqoimran melalui instagram miliknya telah berkongsi video majlis pernikahan serba ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Barakallahu fik nurhelizahelmi dan mahadibz Aqo doakan semoga bahagia ke jannah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan gembira dengan berita gembira ini. Heliza sememangnya cukup disenangi selepas cukup gigih dalam misi kemanusiaan terutamanya melibatkan bumi Gaza.

Walaupun Heliza masih belum mengesahkan berita perkahwinan mereka, kami di Ohmedia ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah dan semoga kekal hingga akhir hayat.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas