Connect with us

Oh! Media

harith iskander

Oh! Artis

Harith Iskander Sudah Beri Keterangan, Cecelia Yap Song Masih Dikesan

Kenapa suka main isu macam ni? Itu mungkin antara persoalan yang diberikan kepada pelawak terkenal, Harith Iskander yang sering menjadikan isu-isu melibatkan agama Islam sebagai bahan jenaka.

Terkini, pihak polis sudahpun merakam keterangan Harith berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa menghina agama Islam.

IKLAN

Bukan hanya Harith Iskander, polis kesan lagi seorang individual…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa siasatan sedang giat dijalankan. Menurut beliau, pihak polis juga telah mengenal pasti seorang individu lain yang dikenali sebagai ‘Cecelia Yap Song’, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini.

Pihak kami tidak akan berkompromi dalam kes melibatkan sensitiviti agama. Kami sedang meneliti semua aspek berkaitan kes ini, termasuk individu-individu yang terlibat.- Katanya.

Kes ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan sensitiviti agama, topik yang sangat sensitif di Malaysia. Reaksi netizen di media sosial bercampur-baur, dengan segelintir menyokong tindakan undang-undang manakala ada juga yang mempertahankan kebebasan bersuara.

BACA: Jakim Bakal Panggil Harith Iskander Isu Lawak Persenda Agama!

#OhmediaNasihat

Korang, isu macam ni memang sensitif dan boleh menimbulkan pelbagai reaksi. Jadi, sebelum kita berkongsi apa-apa di media sosial, pastikan kita memahami kesannya, terutamanya jika ia melibatkan agama atau budaya. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, marilah kita sentiasa berusaha untuk menghormati satu sama lain.

harith iskander

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas