Trending
Jakim Bakal Panggil Harith Iskander Isu Lawak Persenda Agama!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak terkenal, Harith Iskander untuk memberikan penjelasan berhubung kontroversi dakwaan lawaknya yang dikatakan membuka ruang kepada penghinaan agama.
BACA: Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Terhadap Harith Iskander, Didakwa Hina Agama Islam!
Menurut laporan mStar, tindakan ini diambil susulan laporan yang telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat serta mengambil tindakan lanjut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam serta menyinggung sensitiviti umat Islam.
Jakim bekerjasama dengan pihak berkuasa

Jakim turut menyatakan kerjasama erat dengan SKMM untuk mengambil tindakan seperti menyekat akaun serta menurunkan kandungan yang dianggap kontroversi.
Sirajuddin turut menyeru masyarakat agar terus menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkan siasatan ini kepada pihak berkuasa.
Hormat kepelbagaian agama

Dalam kenyataannya, Jakim mengingatkan bahawa sensitiviti agama harus dijaga dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sifat hormat dan bertoleransi adalah kunci untuk mengekalkan keharmonian dalam negara.
#OhmediaNasihat
Toleransi adalah asas kepada keharmonian dalam masyarakat majmuk. Sebelum membuat sebarang kenyataan atau lawak, pastikan ia tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.
