Connect with us

Oh! Media

“Hari Ini Terbukti..” – Tauke Jambu Lega Nama Bebas Tuduhan ‘Bapa Ayam’

Oh! Artis

“Hari Ini Terbukti..” – Tauke Jambu Lega Nama Bebas Tuduhan ‘Bapa Ayam’

Pelawak terkenal, Tauke Jambu berharap agar orang ramai berhenti menuduhnya sebagai bapa ayam susulan pengesahan polis menolak pendakwaan kes pemerdagangan manusia terhadap dirinya. Memetik laporan Kosmo!, Tauke berkata pengesahan pihak berkuasa itu sudah membuktikan dirinya bukan seperti yang didakwa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tauke Jambu Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Penyebar Berita Palsu?

Perkara ini sekaligus memberi kelegaan terhadap tuduhan umum sedangkan penyiasatan belum selesai. Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, sepanjang tempoh sukar itu, keluarga terutama anak dan isteri sering menjadi mangsa kecaman hingga malu untuk keluar rumah kerana tekanan orang sekeliling.

Tauke Jambu dan isteri

Hari ini terbukti saya tidak terbabit dalam kes itu. Cukup-cukuplah, hentikan segala tuduhan liar kerana yang terkesan ialah insan-insan yang saya sayang.

Bagi yang menfitnah, sila bersihkan semula nama saya. Bukan mudah melalui dugaan sebegini sebab memberi kesan emosi kepada keluarga saya.

Tambah pelawak ini lagi, walaupun dia sudah memaklumkan tidak terlibat dalam kes itu masih ada yang bercakap sehingga keluarganya diejek. Sebagai seorang bapa dan suami, dia berasa sedih keluarga perlu melalui perkara tidak sepatutnya seperti itu.

tauke jambu

Dalam masa yang sama, pelawak tersebut memberi pesanan kepada mana-mana individu yang memfitnah agar membersihkan namanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, Tauke berkata dia tetap meneruskan niat untuk meninggalkan dunia hiburan. Tidak merajuk atau jauh hati, pelawak ini sebaliknya percaya kepada rezeki Allah SWT dan mahu menjalani kehidupan yang lebih baik.

Mungkin lebih baik melakukan pekerjaan lain daripada berterusan membiarkan maruah saya dipijak-pijak andai saya masih lagi di bidang ini.

Tambahnya, ahli keluarga termasuk adik beradik turut memberikan sokongan moral kerana mereka semua tahu bagaimana teruk situasinya berdepan tohmahan orang ramai.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas