Connect with us

Oh! Media

“Harap Tarik Diri, Jangan Susahkan Orang Lain” – Rosyam Nor

Cover Photo Om 1200 X 675 99

Oh! Artis

“Harap Tarik Diri, Jangan Susahkan Orang Lain” – Rosyam Nor

Baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila seniwati, Fauziah Nawi menegur secara terbuka sikap selebriti yang dikatakan menerima tawaran penggambaran walaupun tidak divaksin.

BACA: “Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin” – Fauziah Nawi Tegur Artis Buat Provokasi

Isu hangat ini turut mendapat perhatian pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor. Memetik laporan mStar Online, Rosyam berkata sebagai seorang anak seni, mereka haruslah mempunyai sikap tanggungjawab.

IKLAN

Ujarnya, penggiat seni harus patuh dengan syarat yang telah ditetapkan kerajaan iaitu mendapat suntikan dua dos vaksin sebelum memasuki set penggambaran.

Kalau dia tak nak vaksin atau anti vaksin, saya harap mereka tarik diri… jangan menyusahkan orang lain sebab semua orang nak bekerja.

Pelakon KL Special Force ini berpendapat, mereka yang enggan menerima suntikan vaksin hendaklah menolak tawaran bagi memastikan kelonggaran penggambaran tidak ditarik semula oleh kerajaan.

Kita tak marah kalau dia tak nak vaksin… tapi jangan susahkan orang lain, kita semua dalam industri ni mahu bekerja
dengan happy.

Jelas pelakon ini lagi, tiada sesiapa pun marah jika seseorang menolak vaksin tetapi janganlah sampai menyusahkan pelakon dan krew yang benar-benar mahu bekerja.

Uyaina arsyad neraka ohmedia

Kebenaran penggambaran yang dibuat kerajaan merupakan satu berita gembira buat penggiat seni apabila ramai yang berdepan masalah hidup sepanjang pandemik.

Bila diberi peluang untuk menjana semula ekonomi, Rosyam berharap semua orang boleh patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengekang penularan virus.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas