Connect with us

Oh! Media

“Harap Tak Lupa Diri”- Peminat Kagum Ryan Bakery Minta Wafariena Jangan Sentuh Ketika Persembahan Sepahtu

ryan bakery

Oh! Artis

“Harap Tak Lupa Diri”- Peminat Kagum Ryan Bakery Minta Wafariena Jangan Sentuh Ketika Persembahan Sepahtu

Siapa tengok Sepahtu Reunion Live 2022 semalam? Kalau korang peminat TikTokers, Ryan Bakery mesti layan gila tengok Sepahtu semalam sebab Ryan dan Wanchai buat penampilan khas.

ADVERTISEMENT

BACA: Sorakan Mengalahkan Artis, Ramai Teruja Ryan Bakery Muncul Di Sepahtu Reunion

Bertindak sebagai ‘cameo’, Ryan membawa peranan sebagai Aman, seorang budak sekolah yang kurang bernasib baik, sama seperti watak video-video TikToknya yang menjadi tular di media sosial.

Dalam episod semalam, antara pelakon yang turut membuat kemunculan adalah Wafariena sebagai Cikgu Nadia.

Jangan pegang saya

Namun, dalam keriuhan program tersebut dengan gelak tawa penonton, terdapat satu babak yang membuatkan penonton dan netizen teruja selain berharap agar sikap yang ditonjolkan Ryan itu dapat kekal sampai bila-bila.

Ryan dilihat spontan mengeluarkan dialog dan meminta Wafariena agar tidak memegangnya ketika mereka berdua hampir bersentuhan.

Jangan pegang saya cikgu.- Respon Ryan spontan.

Menjengah ke ruangan video yang kemudiannya menjadi tular di TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan lelaki itu yang cuba menjaga batas ketika sedang berlakon.

@novello00 Member dh meleleh 🤣 #rwyfb #series ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ryan Bakery yang kini duta produk minuman Bubblebee milik Shuib Sepahtu mula mencuri tumpuan netizen apabila video TikToknya yang mengetengahkan topik dan kenangan pada tahun 90-an telah mengumpul peminatnya yang tersendiri.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas