Connect with us

Oh! Media

Kim Seri Akhirnya Akui Sesuatu Dan Cuba Usaha Bayar Balik Duit Pelanggan

Copy of Untitled Design   1

Trending

Kim Seri Akhirnya Akui Sesuatu Dan Cuba Usaha Bayar Balik Duit Pelanggan

Usahawan dan pempengaruh, Kim Seri akhirnya bersuara selepas terpalit dengan isu penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan mStar, dirinya mengakui kelemahan pengurusan menjadi punca utama masalah ini dalam siaran langsung di TikTok malam tadi.

Menurutnya, perniagaan yang dimulakan sejak 2016 itu menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kos operasi yang meningkat dan kerugian besar dalam Restoran Kim Seri.

IKLAN

Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya dan tidak akan lari daripada masalah ini.

Restoran punca utama kerugian

Kim Seri

Kim Seri menjelaskan restoran yang menjadi punca utama kerugian kini sudah bertukar hak milik. Kesan kewangan itu turut menjejaskan pakej pelancongan dan memaksa beliau menutup perniagaan tersebut.

Masalah kewangan paling besar berpunca daripada restoran saya yang tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

Walau bagaimanapun, Kim Seri berjanji untuk membayar balik segala kerugian yang dialami pelanggan bermula 1 Februari 2025 nanti.

Kim Seri fokus pada Tiktok

Kim Seri

Kim Seri sekarang ini hanya bergantung sepenuhnya kepada platform TikTok sebagai sumber mata pencarian dan merayu sokongan untuk memulakan usaha baharu bagi mengumpul dana dan melangsaikan hutang.

Saya rayu kepada mana-mana founder untuk berkolaborasi. Kita boleh bincang bagaimana hendak niagakan produk anda di platform TikTok saya.

Bukan tu jer, dia juga berjanji untuk bersikap telus dengan berkongsi perkembangan usahanya di media sosial.

Tahun 2024 banyak mengajar saya tentang cabaran perniagaan. Saya sedar kekurangan diri dan akan belajar memperbaikinya.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengingatkan kita bahawa dalam perniagaan, pengurusan kewangan yang baik sangat penting untuk memastikan kelangsungan operasi. Belajarlah daripada kegagalan, dan jangan takut untuk mengambil tanggungjawab serta mencari peluang baharu. Jika berdepan masalah, jadilah jujur dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas