Oh! Artis
Haqiem Stopa Mengaku Terlepas Cakap Kerana Marah, Nafi Rumahtangga ‘Toksik’
Haqiem Stopa akhirnya bersuara isu rumah tangga selepas status isterinya cetus salah faham netizen.
Nama personaliti media sosial, Haqiem Stopa hangat diperkatakan selepas didakwa menciplak resepi dessert orang lain.
Tak habis disitu, isu semakin berlarutan apabila isteri Haqiem iaitu Aireen Sofia pula meluahkan isi hati memberi ‘bayangan’ mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi.
BACA: ”Saya Duduk Dalam Hubungan Toksik Selama Ini” – Haqiem Stopa Akhirnya Dedah Semuanya!
Terbaru, Haqiem melalui laporan mStar berkata, dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan urusan peribadi mereka di media sosial dan menegaskan bahawa keadaan rumah tangganya masih baik.
Status isteri jadi punca salah faham

Menurut Haqiem lagi, sejak awal perkahwinan dia memilih untuk tidak berkongsi hal rumah tangga di media sosial.
Namun, kekeliruan timbul selepas Aireena memuat naik status yang dianggap netizen seperti meluahkan masalah rumah tangga.
Nafikan dakwaan hidup dalam hubungan toksik

Dalam pada itu, Haqiem menolak dakwaan yang mengatakan dia hidup dalam hubungan toksik bersama isterinya.
Berhubung kenyataan toksik tu sebenarnya tak ada apa-apa… mungkin saya tengah marah bila baca artikel di media sosial, main lepas cakap. Saya anggap semua ini sebagai ujian untuk kuatkan keluarga.
Tambah pempengaruh ini, dia sudah menasihati isteri supaya berhenti memuat naik kenyataan di sosial media.
Katanya, hubungannya dengan isteri masih baik dan tinggal sebumbung namun masing-masing berehat dengan cara sendiri.
Dia memahami emosi isterinya yang sedang berpantang, sementara dirinya juga sedikit beremosi.
Pssttt! Setiap pasangan ada ujian masing-masing, apatah lagi bila melibatkan emosi selepas melahirkan anak. Semoga Haqiem dan isterinya terus kuat menghadapi cabaran rumah tangga.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM