Oh! Tidak
Gara-Gara Tak Siap ‘Homework’, Murid Darjah 2 Dirotan Guru Guna Pembaris Kayu Sampai Tangan Bengkak
Anak mengadu sakit dan tak boleh tidur, trauma ke sekolah selepas dirotan guru.
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa anak lelakinya yang masih bersekolah rendah mengalami kecederaan pada tangan akibat dirotan oleh seorang guru.
Perkongsian tersebut dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Cik Pija yang mendakwa anaknya yang berada di Darjah 2 menerima hukuman rotan hanya kerana terlupa menyiapkan kerja rumah.
Dakwa dirotan tiga kali hingga kena tulang tangan
Menurut ibu berkenaan, anaknya dirotan menggunakan pembaris kayu sebanyak tiga kali dan rotan tersebut didakwa terkena pada bahagian tulang tangan.

Dia turut menjelaskan bahawa dia seorang ibu yang tegas dan tidak memanjakan anaknya, malah mengakui anaknya memang bersalah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Namun dia mempersoalkan sama ada hukuman seperti itu wajar dikenakan sehingga menyebabkan anaknya mengalami kecederaan.

Menurut perkongsian itu lagi, anaknya mengadu sakit pada waktu malam sehingga tidak dapat tidur kerana kesakitan pada tangan.
Trauma dia nak ke sekolah. Tak tidur semalam sebab sakit.. Tangan membengkak..
Pada awalnya, kanak-kanak itu hanya menunjukkan sedikit kesakitan pada bahagian jari kepada ibunya kerana tidak mahu ibunya risau.
Namun selepas ibunya pulang dari kerja, barulah dia menyedari keadaan sebenar tangan anaknya yang kelihatan semakin teruk.
Doktor minta buat laporan
Ibu tersebut turut memaklumkan bahawa mereka telah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor meminta supaya laporan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Beberapa gambar turut dikongsikan yang menunjukkan keadaan tangan kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami lebam dan bengkak.
Pssttt! Isu hukuman di sekolah memang sering menjadi perdebatan antara mendidik dan melampaui batas. Walaupun disiplin penting untuk membentuk pelajar yang bertanggungjawab, cara hukuman juga perlu selari dengan keselamatan dan kesejahteraan murid, lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.
Kredit: Facebook Cik Pija
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM