Connect with us

Oh! Media

Haqiem Sah Sebagai Suami Dengan 2 Kali Lafaz, Kos Majlis Kahwin Pula Cecah RM7 Juta

haqiem

Oh! Artis

Haqiem Sah Sebagai Suami Dengan 2 Kali Lafaz, Kos Majlis Kahwin Pula Cecah RM7 Juta

Wah, sana sini ada gambar Haqiem Rusli, maklumlah hari raja sehari kan, hehe. Tahniah diucapkan kepada penyanyi Haqiem,24 dan isteri Sofea Wan Anis Wan Zamzuri, 19 yang sah sebagai suami isteri dengan dua kali lafaz petang tadi. Haqiem gemuruh ke tu? Tak kesah la tu, asalkan dah sah, Alhamdulillah.

ADVERTISEMENT

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya itu dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan mas kahwin RM300.

Haqiem turut menyertakan wang hantaran bernilai RM100,000 disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

“Dia amat sempurna”

Itulah apa yang dirasakan Haqiem selepas memutuskan untuk memilih Sofea sebagai teman hidupnya hingga akhir hayat.

Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang menambat hati saya untuk memilikinya.

Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti membuatkan saya jatuh hati kepadanya. – Kongsi Haqiem.

5 dulang hantaran dan dibalas 5 dulang

Nak tahu apa yang buatkan majlis Haqiem lebih istimewa? Majlis pernikahan dan resepsi Haqiem dan Sofea telah diserikan dengan barangan kemas dari Habib Jewels termasuklah aksesori berlian bernilai RM5 juta.

Memetik laporan Harian Metro, nilai keseluruhan untuk majlis perkahwinan mereka juga dianggarkan lebih RM7 juta. Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia buat isteri tersayang. Rezeki tu…

Tak sabar nak tengok mereka raikan majlis resepsi malam ni di SkyGlass, Cyberjaya dengan tema Raikan Cinta di Langit Asmara. Tahniah lagi sekali dari kami di Ohmedia buat kedua-dua mempelai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top