Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Hanya Tunggu ‘Greenlight’, Sharon Paul Beri Bayangan Bakal Perpisah Dengan Rusdi Ramli

Isteri kepada pelakon terkenal suatu ketika dulu Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul dedah yang rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga ke hari ini disebabkan anak-anak.

Menurut laporan Berita Harian, Sharon berkata dua anaknya, Reo Ridza dan Ryan Ridza yang mahu mereka berempat kekal sebagai sebuah keluarga.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Sharon berkata yang dirinya hanya menunggu ‘greenlight’ daripada suaminya yang juga seorang pengarah itu untuk berpisah.

Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan saya. Anak bongsu, Ryan mahu kami terus menjadi keluarga. Jadi, saya bertahan jela. Bagi saya, setiap rumah tangga ada pasang surut tapi bukanlah kami bergaduh. Tapi, kami beri ruang antara satu sama lain dan menantikan lampu hijau daripadanya.

Sharon juga berkata Rusdi kini agak ‘down’ serta sseperti tidak bersemangat kerana kurang tawaran berlakon dan mengarah.

Kalau saya, akan cuba teroka sesuatu baru. Kalau tak boleh ini, cuba pula yang lain.Saya tengok suami macam sendu dan tak bersemangat. Tapi, saya tak masuk campur sebab tahu sahajalah perangai orang lelaki, tak boleh didesak.

Bukan tu jer, Sharon juga tidak menafikan perpisahan mereka mungkin berlaku kerana kini hanya menantikan persetujuan anak-anak.

Mungkin, saya hanya tunggu anak-anak. Suatu ketika bila sudah habis sekolah dan dewasa, mereka tak perlukan saya. Atau mereka tak kisah jika kami tak bersama lagi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas