Connect with us

Oh! Media

“Hanya Mahu Beri Kesedaran ” – AG Coco Mohon Maaf, Akui Netizen Salah Tafsir Kenyataannya

Oh! Artis

“Hanya Mahu Beri Kesedaran ” – AG Coco Mohon Maaf, Akui Netizen Salah Tafsir Kenyataannya

Baru-baru ini, Penerbit Muzik dan gitaris, AG Coco telah mencetuskan kecaman ramai selepas menulis ciapan berbaur perlian terhadap orang ramai yang ingin berlibur.

ADVERTISEMENT

BACA: Kritik Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa, AG Coco Dikecam

Perkara itu muncul selepas beberapa keping gambar yang tular memaparkan keadaan sesak di sebuah kawasan air terjun.

Menerusi ciapannya, AG dilihat seakan-akan memerli masyarakat yang lebih memilih untuk melancong berbanding bertemu dengan keluarga sendiri.

Bagaimanapun, luahan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif. Hal itu kerana kelonggaran telah diberikan terhadap aktiviti berlibur manakala merentas negeri untuk berjumpa ahli keluarga masih tidak diketatkan.

AG Coco buat permohonan maaf

Sedar akan situasinya yang dikecam hebat, AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry bin Mohd Hafidz telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, dia menjelaskan secara terperinci perihal kenyataannya yang disalah tafsir oleh segelintir netizen.

Dalam hantaran terbaharunya itu, AG juga turut memohon maaf kerana ciapannya telah mengundang kemarahan banyak pihak selain mengakui hanya ingin memberikan kesedaran.

Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara twit aku.

Aku cuma nak sebarkan kesedaran supaya kita semua lebih berhati-hati dan sekali lagi, mohon maaf atas apa yang aku katakan.

Hasrat nak pulang ke kampung

Menerusi ciapannya yang lain, AG juga turut menyatakan bahawa kenyataannya sebelum ini hanyalah ingin mengingatkan akan angka jangkitan yang berisiko meningkat.

Gaitaris berusia 37 tahun itu turut berkongsi hasratnya untuk pulang ke kampung halaman di Kedah dan bertemu dengan ibu bapanya.

Sebenarnya, maksud aku, berkelah beramai-ramai ini kalau jadi punca kes naik balik, kita kena ulang lagi ‘lockdown’. Jadi, lagi lama tak dapat jumpa ibu bapa.

Keluarga aku pun kat kedah dah lama tak boleh jumpa, tak dapat raya macam dulu, aku teringin nak balik tapi masih tak boleh.

Walaubagaimanapun, perkongsian yang mendapat sebanyak 278 tanda suka itu telah ‘mencuri’ perhatian netizen. Rata-rata mereka menyambut baik permohoan maaf itu selain turut menasihati agar berhati-hati dalam memberikan kenyataan.

Kredit: Twitter AG Coco

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas