Oh! Artis
Hantaran Terbaru Isteri Nabil Ahmad Undang Perhatian Ramai
Semalam, enam individu termasuk tiga penyampai radio Era FM selesai memberi keterangan di Bukit Aman untuk membantu siasatan dakwaan mempersendakan upacara agama lain.
BACA: ERA FM Berdepan Penggantungan Lesen? MCMC Keluarkan Notis Susulan Isu Hina Agama
Tampil bersuara mengenai isu ini, isteri kepada penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub memberi kata-kata semangat buat suaminya supaya tidak risau.
Zira yakin semuanya akan baik-baik sahaja dan ujian ini sebagai peringatan daripada Allah SWT supaya mengingatiNya di saat susah dan senang.
“Kami akan sentiasa menyokong dan sayang ayah” – Zira

Dalam hantaran itu, Zira menyertakan gambar keluarganya menunjukkan kasih sayang keluarga tetap menjadi kekuatan utama.
“Mereka boleh berkata buruk, tapi kami tahu ayah macam mana”

Zira menegaskan menegaskan bahawa keluarga akan sentiasa ada untuknya dalam apa jua keadaan. Ibu kepada tiga anak ini menggambarkan suaminya sebagai seorang insan yang penyayang dan bertanggungjawab.
You are such a lovely, caring, and fatherly figure. I’m your biggest fan forever.
Walaupun ada pihak yang mungkin berkata buruk tentangnya, Zira tetap yakin dan percaya kepada siapa sebenarnya lelaki yang menjadi ketua keluarganya.
Terdahulu, Nabil, Radin dan Pak Azad didakwa mempersenda upacara agama Hindu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Penyampai radio berkenaan telah digantung tugas dan kini disiasat pihak polis.
#ApaKataOhmedia
Kali ini Nabil diuji dengan sangat berat sehingga melibatkan polis. Sudah tentu ujian ini tidak mudah untuk Nabil dan keluarganya. Diharapkan kes ini dijadikan pengajaran kepada semua supaya menjaga sensitiviti semua pihak. Didoakan semoga urusan Nabil dipermudahkan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM