Oh! Artis
ERA FM Berdepan Penggantungan Lesen? MCMC Keluarkan Notis Susulan Isu Hina Agama
Nampaknya bukan 3 penyampai radio ERA jer yang kena gantung. Sekarang ni, lesen ERA FM juga akan menerima nasib seakan sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Ini apabila pihak MCMC mengeluarkan notis niat untuk menggantung lesen ERA FM susulan kontroversi membabitkan kandungan yang didakwa menghina agama Hindu.
BACA: Sharnaaz Ahmad Puji Keberanian Penyampai Era FM Akui Kesilapan
Lesen stesen radio itu dipegang oleh syarikat induknya dan mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan jawapan sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.

Dalam satu kenyataan, MCMC turut mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung video tular yang dikatakan memperlekehkan agama Hindu akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya pada Rabu, 5 Mac.
Video berkenaan, yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi ERA FM, telah mencetuskan reaksi negatif di media sosial sejak Selasa, 4 Mac, sehingga menimbulkan desakan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, MCMC telah memanggil pihak pengurusan tertinggi Astro bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber turut mengesahkan bahawa enam individu, termasuk tiga penyampai ERA FM, telah hadir ke Bukit Aman pada 5 Mac bagi memberikan keterangan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM