Connect with us

Oh! Media

hanis delisha

Oh! Artis

Hannah Delisha Mengaku Susah Nak Istiqamah Kerana Iman Turun Naik

Bukan mudah nak kekal istiqamah kan? Situasi ni sememangnya dialami semua orang dan menjadi tanggungjawab kita untuk terus berusaha jadi lebih baik.

Situasi ini turut dilalui pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha apabila mengakui sukar kekal istiqamah selepas mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.

IKLAN

Faham dan tidak mahu hakimi rakan artis

Disebabkan dirinya tahu perasaan itu, Hannah tidak mahu menghakimi rakan artis yang kembali membuka hijab.

Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.

Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

Teringat rasa seronok tak bertudung bila buat penggambaran di luar

Hannah turut memberikan contoh di mana ketika membuat penggambaran di luar, dia akan terkenang perasaan seronok tidak bertudung apabila melihat rambut mengerbang orang lain kerana tidak berasa panas.

Jadi, apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.

Apapun, kita doakan semoga Hannah Delisha diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah dan dipermudahkan segala urusan. Makin bertambah cantik tau Hannah bila berhijab, kalau nak rambut terbang-terbang ke apa, buat untuk suami jer ok, hee.

Krdit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas