
Oh! Artis
Ika Nabila Akui Pernah Bergelut Nak Istiqamah Pakai Tudung
Ika Nabila akui godaan buka tudung tu real dan faham apa yang Kilafairy rasa.
Selepas pelakon dan penyanyi Kilafairy meluahkan rasa hatinya tentang keinginan untuk membuka tudung, pelakon Ika Nabila tampil memberikan sokongan dan menyatakan bahawa dia amat memahami apa yang sedang dilalui oleh Kilafairy.
Ika Nabila berkongsi perasaannya dalam satu hantaran yang cukup menyentuh hati apabila mengakui bahawa dia juga pernah melalui cabaran yang hampir sama dalam proses penghijrahannya ke arah lebih baik.
Ika Nabila akui cabaran istiqamah dan godaan buka tudung berat…
Menurut Ika, dia membesar dalam persekitaran yang tidak kuat dalam pengamalan Islam, jadi tidak pelik kalau rasa untuk buka tudung itu hadir.
Apa yang penting adalah usaha untuk kekal istiqamah walaupun dalam suasana yang tidak menyokong sepenuhnya.
Saya baca perkongsian Kila tentang keinginannya untuk buka tudung dan sejujurnya, saya faham. Betul-betul faham.
Membesar dalam persekitaran yang tidak kuat dengan pengamalan Islam, memang biasa tak bertudung, memang susah nak istiqamah.
Dalam perkongsiannya, Ika turut menyentuh tentang tekanan yang dirasai sebagai wanita untuk kelihatan cantik, yang secara tidak langsung boleh menggugat keputusan untuk berhijab.
Jaga circle dan terus minta kekuatan antara pesanan Ika Nabila…
Perjuangan untuk nampak cantik, godaan untuk buka tudung tu memang kuat. Saya pun tengah bergelut, dan saya cuma cuba ingatkan diri sendiri untuk terus bertahan, jaga circle saya, dan minta kekuatan daripada Allah.
Tambah Ika lagi, masing-masing sedang dalam perjalanan mencari kebaikan dan tidak perlu menjatuhkan orang lain yang sedang mencuba.
Kita semua sedang berusaha, kan? Moga Allah beri petunjuk, tutup aib kita, dan permudahkan jalan buat kita semua.
Sebelum ini, Kilafairy mengakui dirinya berdepan rasa ingin membuka tudung dan merasai sendiri betapa sukarnya untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu kerana Allah SWT.
Dalam luahannya, Kila menekankan bahawa cabaran untuk kekal istiqamah bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila kita berada dalam fasa penghijrahan.
Pssttt! Perjalanan untuk berubah ke arah lebih baik memang tak mudah, dan cabaran itu sangat real. Sama macam yang Ika dan Kila alami, ramai antara kita juga pernah rasa benda yang sama. Tapi yang penting, kita jangan berputus asa.
Selagi kita terus usaha, jaga niat, dan dikelilingi oleh orang yang positif, insya-Allah Allah akan bantu permudahkan jalan kita. Tak perlu sempurna, cukup kita terus cuba.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
