
Oh! Artis
Hairul Azreen ‘Langkah Kanan’, Tan Sri Vincent Tan Ajak Naik Superyacht Asean Lady
Oleh
Selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan salah satu pasangan kegemaran ramai. Memiliki cahaya mata yang comel dan bijak, netizen memuji cara mereka mendidik anak.
Baru-baru ini, percutian penuh bergaya keluarga ini menaiki helikopter ke sebuah pulau telah mencuri perhatian. Mana tidaknya, mereka memilih untuk menempah helikopter khas tanpa perlu bersesak dengan orang ramai di lapangan terbang.
BACA: Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter, Perkongsian Hairul Azreen Curi Perhatian Ramai
Percutian keluarga ini menjadi lebih bermakna apabila mereka berjumpa dengan salah seorang individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Dia menganggap mereka ‘langkah kanan’ ke pulau itu apabila Tan Sri Vincent Tan mengajak mereka sekeluarga menaiki superyacht Asean Lady. Fuh memang rezeki betullah.
Di hantaran lain, pelakon filem Paskal ini mengimbau kenangan bekerja sebagai tukang cat jalan pada tahun 2007. Waktu itu, dia bekerja bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi.
Ketika sedang bekerja, dia mengakui sering melihat kereta sport dipandu laju. Dia pernah berangan untuk memilikinya suatu hari nanti.
Namun, impiannya itu ditertawakan rakan-rakan sekerja sehingga diejek ‘gila’.
Kredit: Instagram Hairul Azreen
