Connect with us

Oh! Media

Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter, Perkongsian Hairul Azreen Curi Perhatian Ramai

Oh! Artis

Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter, Perkongsian Hairul Azreen Curi Perhatian Ramai

Sejak rentas negeri telah diberikan kelonggaran oleh Perdana Menteri, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk bercuti serta pulang ke kampung halaman.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tetap Berpuas Hati” – Hairul Azreen Terima Kritikan Filem Arahan Pertamanya

Kelonggaran itu juga menjadi tumpuan orang ramai untuk melancong ke luar negeri dan tempat seperti Pulau Langkawi, Pulai Tioman, Port Dickson kini menjadi sasaran masyarakat.

Oleh itu, orang ramai dilihat mula berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket penerbangan ke destinasi pelancongan serta penggunaan kenderaan di lebuh raya juga meningkat.

Hairul Adzreen dan isteri bercuti guna helikopter

Jika orang ramai bersesak-seak menempah tiket penerbangan untuk bercuti, pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pula bercuti dengan penuh bergaya.

Hal itu kerana mereka telah menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau tanpa perlu bersesak dengan orang ramai di lapangan terbang.

Menerusi hantaran Hairul di laman Instagram, pelakon itu telah berkongsikan video perjalanan mereka sekeluarga menuju ke sebuah pulau.

Bercuti dengan keluarga saya selepas sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau,

Menerusi video itu juga, dilihat dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menaiki helikopter tersebut selain memaparkan keindahan pulau serta pantai berkenaan.

Perjalanan ke pulau tersebut pula mengambil masa selama satu jam 20 minit seperti yang dikongsikan Hairul menerusi sebuah video di Insta story.

Walaubagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan lokasi pulau yang menjadi destinasi percutian mereka sekeluarga. Namun, berdasarkan perkongsian itu, ia seakan-akan berada di Pulau Redang, Terengganu.

Netizen turut rasa teruja

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut teruja melihat gaya percutian mewah pasangan selain turut mendoakan percutian mereka berjalan lancar.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 200,000 jumlah tontonan serta mendapat 80,141 tanda suka.

Kredit: Instagram Hairul Azreen I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas