Connect with us

Oh! Media

Hafiz Suip

Oh! Artis

Hafiz Suip Akhirnya Bersuara Isu Rumahtangga

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah. 

Menurut laporan Oh Bulan, Hafiz berkata yang fokusnya kini tertumpu sepenuhnya pada persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung kurang sebulan lagi.

IKLAN

Kalau saya bahaskan isu peribadi ini, saya takut ia akan mengganggu perjalanan proses nanti. Kami sedang menunggu hal berkaitan mahkamah dan harap semuanya berjalan lancar.

“Ini ujian berat, tapi saya belajar bersyukur” – Hafiz Suip

Hafiz Suip

Mengulas mengenai proses perpisahan yang sedang berlangsung, pelantun lagu Awan Nano itu menerima perkara ini dengan hati terbuka dan menyifatkannya sebagai ujian daripada Allah.

Saya tahu ini berat, tetapi saya belajar untuk bersyukur dalam apa jua keadaan. Musibah bagaimana sekalipun, kita perlu redha.

Hafiz juga berharap agar proses perpisahan berlaku secara aman tanpa persengketaan antara kedua-dua pihak.

Hafiz Suip prihatin tentang anak-anak

Hafiz tidak menafikan bahawa dua anaknya, Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne akan terkesan dengan perpisahan ini. 

Namun, dia memberi jaminan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Saya mahukan anak-anak tahu bahawa saya masih ayah mereka dan sayang sangat pada mereka. Apa pun terjadi, saya akan buat apa sahaja untuk mereka.

Kekal positif dan dekatkan diri dengan Allah

Hafiz Suip

Ketika ditanya cara dirinya menenangkan hati, Hafiz berkata dia memilih untuk berada bersama orang-orang yang memberikan aura positif dan tidak memaksa sesiapa yang tidak lagi ingin bersamanya.

Saya belajar untuk tidak memaksa orang dalam apa jua keadaan. Saya banyak dekatkan diri dengan keluarga, rakan, dan yang paling penting Allah SWT.

#OhmediaNasihat

Dalam menghadapi ujian rumah tangga, sentiasa utamakan perbincangan secara baik dan hormati emosi anak-anak. Sokongan keluarga dan mendekatkan diri kepada Allah adalah langkah terbaik untuk melalui cabaran ini.

Hafiz Suip

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Oh Bulan


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas