Connect with us

Oh! Media

Hafiz Hamidun Terkejut Dapat Berita Kekasih Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Hafiz hamidun kekasih ohmedia

Oh! Artis

Hafiz Hamidun Terkejut Dapat Berita Kekasih Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Hafiz Hamidun seorang penyanyi nasyid mengakui terkejut dengan berita pemergian bekas kekasihnya yang berasal dari Indonesia akibat jangkitan COVID-19.

Kekasihnya itu meninggal dunia pada tahun 2021 yang ketika itu dunia sedang menghadapi wabak virus COVID-19.

Saya dapat tahu dari keluarga dia, saya memang terkejut. Tapi masa tu kita tahu bila kita dimasukkan ke hospital sebab COVID, kita dah bersedia untuk terima apa pun keputusannya.

Akibat dari peristiwa ini, hubungan mereka terus terputus. Sudah tiga tahun berlalu, Hafiz bagaimanapun tidak menolak sekiranya bertemu jodoh.

IKLAN

Pada saya nak ada rumah tangga ni kena ada komitmen. InsyaAllah pada masa akan datang saya tak menolak sekiranya ada jodoh.

Untuk pengetahuan korang, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada Mei 2017 bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa. Masjid yang dibina itu bagaimanapun tidak kekal lama di mana mereka berpisah pada bulan Oktober tahun sama.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas