Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Dapat Hak Lawatan Anak Masa Cuti Sekolah, Shuhada Diperintah Pulang Dari Australia

Ohmedia om Featured New 1200x675 4

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Dapat Hak Lawatan Anak Masa Cuti Sekolah, Shuhada Diperintah Pulang Dari Australia

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini dibenarkan mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar, sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei hingga 9 Jun ini.

BACA: Bekas Isteri Hafidz Roshdi Syukur Menang Kes Mahkamah

Memetik laporan Kosmo!, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, Humairah dan Umar akan berada di bawah jagaan Hafidz buat sementara waktu sebelum diserahkan semula kepada ibu mereka.

IKLAN

Hafidz Roshdi dapat hak lawatan sepanjang cuti sekolah

Hafidz Roshdi

Jelas peguam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah itu sebagai keputusan interim hadanah sementara menanti perbicaraan penuh bagi hak penjagaan kekal yang dijadualkan pada 29 Julai depan.

Hak lawatan dua anak mereka sepanjang dua minggu cuti sekolah pada bulan depan iaitu bermula 29 Mei hingga 9 Jun akan diberikan sepenuhnya kepada Hafidz.

Shuhada diminta ‘pulangkan’ anak

Ohmedia shuhada shukri

Tambah Akberdin, Shuhada yang kini berada di Australia wajib membawa pulang anak-anak ke Malaysia untuk menyerahkan mereka kepada Hafidz seperti diperintahkan mahkamah.

Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Malah, peguam juga memaklumkan bahawa pihak Shuhada telah dimaklumkan mengenai prosiding hari ini, namun tiada peguam baru dilantik dan dia sendiri tidak hadir ke mahkamah.

Pssttt! Walaupun hubungan suami isteri telah berakhir, tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap perlu dilaksanakan. Diharapkan Hafidz dan Shuhada dapat bekerjasama dengan baik.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas