Connect with us

Oh! Media

Genap 100 Hari Pemergian, Bapa Siti Sarah Pacak Batu Nisan Di Pusara Anak

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 18t123922356

Oh! Artis

Genap 100 Hari Pemergian, Bapa Siti Sarah Pacak Batu Nisan Di Pusara Anak

Pemergian penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raisudin sehingga kini masih meninggalkan kesan mendalam terutamanya kepada ahli keluarga.

Suaminya, Shuib dilaporkan terpaksa bertemu pakar psikiatri hampir setiap minggu untuk mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan mental.

BACA: Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Terkenang ‘Janji’ Dengan Allahyarham Siti Sarah

IKLAN

Terbaru, sempena majlis cukur jambul, aqiqah putera bongsu Ayash Affan dan tahlil hari ke-100 pemergian Allahyarham, Shuib telah memuat naik foto sekitar majlis.

Wajah Ayash Affan yang tersenyum saat memandang ke tepi mengundang pelbagai reaksi netizen. Mereka membayangkan seolah-olah allahyarham hadir di majlis itu bertemu Ayash Affan.

Lebih menyedihkan apabila bapa Allahyarham, Raisuddin Hamzah dilihat menunduk sugul mengenangkan pemergian si anak.

Difahamkan, sebelum berlangsungnya majlis tahlil, bapa Allahyarham telah ke pusara menaikkan batu nisan di kubur anak.

Tidak dapat dibayangkan perasaan yang dilalui bapa apabila anak yang ditatang dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi terlebih dahulu darinya.

Menurutnya lagi, jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu berbanding anak. Kini yang tinggal hanyalah memori indah yang dijadikan kenangan selamanya.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu | Siti Sarah Raissuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas