Connect with us

Oh! Media

Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Terkenang ‘Janji’ Dengan Allahyarham Siti Sarah

Oh! Artis

Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Terkenang ‘Janji’ Dengan Allahyarham Siti Sarah

Nama Shuib dalam industri hiburan tidak dapat disangkal lagi sebagai pelawak dan pelakon tanah air berbakat yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: Bukan Selebriti, Shuib Dedah Ibu Susuan Buat Ayash Affan

Terdahulu, berita mengejutkan berlaku selepas isterinya, Allahyarham Siti Sarah telah meninggal dunia disebabkan virus pandemik dan terpaksa melahirkan anak dalam keadaan pra matang.

Sejak dari tu, ramai peminat mula mendoakan arwah serta mengharapkan agar Shuib tabah membesarkan anak-anaknya terutama sekali anak bongsunya itu.

Dapat bertemu Ayash Affan

Namun, satu berita gembira hadir daripada pelawak itu selepas mengumumkan akan berjumpa dengan anak bongsunya, Ayash Affan.

Hal itu selepas pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) memberitahu dia boleh berjumpa dengan anaknya pada hari ini selepas sebulan tidak dapat bertemu.

Perkara itu dikongsikan Shuib melalui Instagram Story semalam yang menyatakan bahawa ia merupakan kali pertama melihat dan menyentuh anaknya itu.

Beri didikan agama

Sehubungan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna.

Hal itu merupakan perkara yang sering diungkapkan oleh arwah isterinya dan Shuib berjanji akan menunaikan harapannya itu.

Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.

InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.

Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak.

Bagaimanapun, pelawak itu tidak berkongsikan lebih lanjut sama ada anak bongsunya itu sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah ataupun tidak.

Terdahulu, pada 26 Ogos lalu, Shuib memaklumkan Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos yang lalu sudah pun dikeluarkan dari inkubator di HTCM UKM dan dijangkakan boleh dibawa keluar sekitar bulan ini.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas