Connect with us

Oh! Media

Gelaran Biduanita Negara Bakal Dianugerahkan Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Oh! Artis

Gelaran Biduanita Negara Bakal Dianugerahkan Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak asing lagi dalam negara kerana bakat nyanyiannya yang tidak boleh disangkal. Sehubungan itu, cadangan penganugerahan gelaran biduanita negara baginya telah lalui fasa awal.

BACA: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza Selepas Tegur Tarikh Konsert Dekat Dengan Ramadan

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata setakat ini, gelaran biduanita negara hanya diberikan kepada Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

IKLAN

Fahmi menyatakan cadangan itu sudah melalui proses perbincangan dalaman dan akan percepatkan proses penganugerahan itu.

Fahmi bincang gelaran biduanita

Namun, dia tidak mahu memberikan komen lebih dan menyatakan ada proses yang perlu diikut dan mengambil masa.

Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu.

Saranan ini disebabkan kejayaan Siti lakukan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza telah menarik perhatian ramai pihak dan juga Fahmi.

Sementara itu, Siti juga berikan komen dan berkata dia tidak letakkan harapan untuk diberikan gelaran itu.

Tak perlulah saya mengharap sangat (gelaran biduanita). Ini sebab kerja-kerja yang saya lakukan sekarang (menyanyi), memang saya buat sebab minat.

Katanya dia lebih suka lihat peminat gembira dan tidak pernah fikir tentang penghargaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas