Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Diperli Bergambar Dengan Kereta Axia, Iqbal Beri Ayat ‘Sentap’

Oh! Artis

Gara-Gara Diperli Bergambar Dengan Kereta Axia, Iqbal Beri Ayat ‘Sentap’

Umum mengetahui, usahawan tanah air, Ahmad Iqbal sebelum ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi termasuklah hubungan cinta bersama dengan Dato’ Seri Vida.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas PA, Iqbal Nyatakan Datuk Seri Vida Wanita Pertama ‘Disentuh’ Olehnya

Namum, hubungan mereka tampak berakhir apabila Iqbal dengan sendirinya meluah tidak mempunyai hati untuk meneruskan hubungan mereka.

Selain itu, dia juga turut menarik perhatian ramai apabila mencari seorang penulis lagu untuk mencipta sebuah lagu buat dirinya dengan bajet sekitar RM500,000.

Perkara itu mendapat perhatian dari penyanyi rap, Caprice yang dilihat berseloroh menawarkan diri yang memaksa Iqbal untuk memikir kembali permintaanya itu.

Diperli gara-gara bergambar dengan kereta Axia

Terbaharu, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli dikatakan telah diperli gara-gara bergambar dengan sebuah kereta Perodua Axia.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, dia berasa keliru untuk memilih komposer lagu yang patut dipilihnya oleh kerana ramai telah menunjukkan minat.

Pemuda itu juga turut berjanji tidak akan merosakkan industri muzik tanah air dengan single terbaharunya selain turut meminta cadangan netizen untuk memilih komposer yang berkesesuaian dengan dirinya.

Namun, gambarnya bersama kenderaan itu pula mendapat perhatian selepas netizen dikatakan memerlinya kerana hanya mampu memakai kereta Axia walaupun sudah bergelar jutawan.

Ahmad Iqbal beri respon dengan ayat ‘sentap’

Enggan berdiam diri, usahawan berusia 27 tahun itu telah membalas perlian itu dengan beberapa ayat ‘sentap’ menerusi hantarannya di Insta Story.

Menurutnya, dia mengakui setiap hari mendengarkan perlian yang menyatakan dirinya mampu membeli jam setengah juta, namun hanya memakai kereta biasa-biasa sahaja.

Setiap hari saya dengar orang cakap beli jam setengah juta, takkan pakai Honda Civic sahaja? Untuk pengetahuan anda semua, saya bukan peminat kereta sebab saya tak suka kereta ‘sport’ yang berbunyi bising.

Kata Iqbal, dia lebih mengemari jenis kereta berjenama lain seperti Bentley, Rolls Royce atau Cadillac.

Mengakhiri ulasannya bagi menutup mulut netizen yang memerlinya, dia menegaskan jika ada sebuah kereta berharga satu juta ringgit, dia akan mendapatkannya pada minggu hadapan jika dirinya mahu.

Kredit: Instagram Iqbal I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas