Connect with us

Oh! Media

“Filem Saya Tak Sempurna Kalau Ikut Law” – Mat Kilau Cipta Rekod Lagi

Syamsulyusof

Oh! Artis

“Filem Saya Tak Sempurna Kalau Ikut Law” – Mat Kilau Cipta Rekod Lagi

Filem Mat Kilau merupakan sebuah filem yang menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia akhir-akhir ini.

BACA: Filem Mat Kilau Berbaloi Dan Berjaya Bangkitkan Semangat Anak Melayu, Tapi…

Bukan itu sahaja, filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya menjadi filem tempatan yang mencapai kutipan tertinggi di Malaysia tau.

IKLAN

Mat Kilau ‘Box Office’ selama 5 minggu

Terbaru, Syamsul Yusof memuat naik satu hantaran di Instagramnya memaklumkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi filem pertama yang ditayangkan selama lima minggu berturut-turut.

Sejarah / rekod tercipta lagi. Filem No 1 dalam carta box office 5 minggu berturut-turut. Ini tak pernah berlaku.

Tak sempurna kalau ikut ‘law’

Dalam pada itu, Syamsul turut memaklumkan bahawa dia berbangga dengan rekod baharu itu namun filemnya tidak akan sempurna jika dia mengikut undang-undang penghasilan filem.

Filem abang tak sempurna kalau ikut “laws & rules of film making”. Saya langgar segala peraturan demi kepuasan penonton di Malaysia.

Tambahan pula, siapa ya yang buat undang-undang penghasilan filem ini? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah & amat subjektif pada semua.

Bukan itu sahaja, Syamsul  turut berpendapat bahawa penghasilan filem sepatutnya mengikut kata hati pengkarya dan bukanlah berdasarkan pada apa yang ditulis pada buku.

Abang tak pandai. Tapi pembikin filem perlu ikut kata hati mereka, bukan berpandukan buku.

Dan abang percaya, Allahyarham P Ramlee juga begitu dimana dia berkarya mengikut hati seni nya. Jadi, kita belajar apa yg mampu dari beliau. Al fatihah.

Betul lah apa yang dikatakan Syamsul tu, seorang pengarah pasti nak hasilkan karya mengikut cita rasa mereka. Kalau perlu berpandukan undang-undang semata-mata, mungkin karya yang dihasilkan agak terbatas dan bosan untuk ditonton.

Kredit: Instagram syamsulyusoffilm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas