Connect with us

Oh! Media

“Fikir Mati Kita” – Rakam Lagu Dangdut Dengan Artis Goyang Gerudi, PU Syed Lantang Tegur Aliff Syukri

Oh! Artis

“Fikir Mati Kita” – Rakam Lagu Dangdut Dengan Artis Goyang Gerudi, PU Syed Lantang Tegur Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila merakam lagu dangdut bersama seorang penyanyi wanita yang berpakaian seksi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terdesak Sangat? Jangan Sampai..” – Buat Video S*ft P*rn Promosi Tudung, Aliff Syukri Ditegur YADIM

Dalam video pendek yang dimuatnaiknya di Instagram, penyanyi wanita itu dilihat menari-nari dengan menggoyangkan bahagian pinggulnya.

Video itu ternyata telah mengundang rasa kurang senang orang ramai termasuk pendakwah-pendakwah bebas.

PU Syed membuat teguran terbuka kepada Aliff Syukri menasihati usahawan itu agar tidak meneruskan niat untuk mengeluarkan lagu tersebut.

Kata PU Syed, perbuatan merakam lagu dangdut kalau berunsur keagamaan tak menjadi masalah, tetapi kalau menjemput artis goyang gerudi ianya adalah dilarang.

Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang.

PU Syed meminta usahawan itu berfikir sebaik mungkin kerana ahli keluarga semua akan melihat apa yang dilakukannya.

Tambahnya lagi, cukuplah dengan segala kemungkaran yang ada di dunia ini jangalah pula ditambah dengan perkara-perkara ‘lagha’ yang lain.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas