Connect with us

Oh! Media

fify azmi

Oh! Artis

Fify Azmi Memang Nak Kahwin, Nafi Putus Cinta Sebab Tak Puas Hidup ‘Enjoy’

Sepatutnya rancang bernikah bulan Disember 2022 tapi tak kesampaian. Itulah kisah cinta pasangan selebriti antara Nafiez Zaidi dan Fify Azmi yang akhirnya mengesahkan mereka telahpun berpisah sejak Aidilfitri lalu selepas dua tahun bercinta.

BACA: Fify Azmi Tak Jadi Kahwin Dengan Pelakon Lelaki, Bertegas Nak Berpisah

IKLAN

Nafiez bagaimanapun memaklumkan perancangan untuk mereka bernikah pada Disember 2022 gagal selepas Fify meminta untuk tangguh. Hubungan mereka selepas itu semakin renggang dan akhirnya memutuskan untuk berpisah.

Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem MALBATT di Turki, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.

Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia… tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah,

Apa pula kata Fify Azmi? Kenapa berpisah?

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi pula menafikan dakwaan dia mahu bersuka ria sebagai punca buat keputusan berpisah. Pelakon berusia 33 tahun itu menegaskan dia ambil serius hal perkahwinan dan tidak mahu dirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status.

Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar.

Selain itu, tiada istilah saya tidak puas ‘enjoy’ hidup solo atau berkait dengan imej seksi dan sebaiknya,

Fify bagaimanapun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan mengakui hubungannya dengan bekas tunang masih baik.

Walaupun sudah putus, kami tetap berkawan dan hubungan masih baik. Saya doakan dia temui kebahagian yang diimpikan. Kalau dia bertemu jodoh dengan orang lain, saya tumpang gembira

Apapun kita doakan sahaja yang terbaik buat kedua-dua pelakon ini. Semoga masing-masing ditemukan pasangan yang baik.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas