Connect with us

Oh! Media

Fazura Rasa Sakit Hati Dengar Isu Anak Menangis Dalam Pesawat, Akui Pernah Alami Situasi Seakan Sama

fazura

Oh! Artis

Fazura Rasa Sakit Hati Dengar Isu Anak Menangis Dalam Pesawat, Akui Pernah Alami Situasi Seakan Sama

Kecoh juga tentang pendedahan satu keluarga ni yang mendakwa mengalami pengalaman buruk menaiki pesawat penerbangan baru dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: Syarikat Penerbangan Baru Didakwa Ugut Halau Penumpang Gara-Gara Anak 2 Tahun Menangis

Kejadian ini turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui pernah mengalami situasi seakan-akan sama dengan keluarga bekernaan. Ia terjadi sewaktu dia membawa anak sulungnya, Fatima tapi bernasib baik kerana mendapat layanan baik dari staf kabin.

Fazura cerita staf kabin siap bagi cekelat lagi untuk Fatima happy tau…

Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belt.

Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga. Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!

Faz meluahkan perkara itu di Instagram story dan turut memahami perasan ibu bapa berkenaan. Dalam pada itu Faz turut mempersoal sama ada benarkan kanak-kanak itu menangis selama 20 minit dan hampir dihalau keluar.

Betul ke baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat? Simply unacceptable because most of us have love and compassion.

Bagaimanapun, sebelum ini Ohmedia turut ada kongsikan penjelasan dari beberapa orang saksi lain yang turut berada dalam pesawat sama di mana keadaan ketika itu terkawal. Staf kabin juga dikatakan turut bersama membantu menenangkan kanak-kanak terbabit dan semua penumpang memberikan tepukan gemuruh selepas dia henti menangis.

BACA: Saksi Nafi Kapten Kapal Ugut, Pramugara Berjaya Pujuk Kanak-Kanak Menangis Dan Semua Tepuk Tangan

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas