Connect with us

Oh! Media

Fauziah Nawi Bertemu Pegawai Yang Di-Pertuan Agong Di Istana Negara

Oh! Artis

Fauziah Nawi Bertemu Pegawai Yang Di-Pertuan Agong Di Istana Negara

Melalui satu posting Facebook yang telah dimuat naik oleh pelakon veteran, Fauziah Nawi pada minggu lepas, Fauziah telah menyuarakan hasratnya untuk merafak sembah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, bagi memohon kebenaran supaya penggiat seni dapat menjalankan penggambaran.

ADVERTISEMENT

BACA: “Alhamdulillah, Setakat Ini Tiada Lagi Kluster Penggambaran”, Fauziah Nawi Sedia Jumpa Agong, PM

Terbaru di Facebooknya, Fauziah telah meluahkan rasa lega selepas dia akhirnya dapat berkongsi masalah dan keperitan dihadapi serta keadaan sebenar diharungi anak seni kepada pegawai-pegawai Istana Negara pada Rabu.

Menerusi perkongsian di Facebooknya itu, Fauziah turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan kepekaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keluhan penggiat seni yang terkesan akibat COVID-19.

Fauziah dan beberapa lagi rakan seperjuangannya telah bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan baginda.

Patik-patik semua juga telah memberi beberapa pandangan dan cadangan supaya anak-anak seni, tanpa mengira cabang seni yang kami ceburi.

Khususnya supaya diberi kelonggaran dengan ketetapan SOP untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup kami dan keluarga-keluarga kami.

Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. 

Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi. – Tulis Fauziah di Facebook.

Dalam status Facebooknya itu, Fauziah turut merakamkan penghargaannya kepada pihak berwajib dan semua persatuan dalam industri seni atas usaha baik dalam menangani masalah yang dihadapi.

Semoga luahan dan perkongsian patik-patik semua ini mendapat perhatian Seri Paduka Baginda yang amat prihatin terhadap nasib dan keperitan hidup rakyat yang amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19. – Luah Fauziah.

Kredit: Fauziah Nawi

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas