Connect with us

Oh! Media

“Alhamdulillah, Setakat Ini Tiada Lagi Kluster Penggambaran”, Fauziah Nawi Sedia Jumpa Agong, PM

5dfdc64a 6e80 47a5 8001 ad4ffe17d639

Oh! Artis

“Alhamdulillah, Setakat Ini Tiada Lagi Kluster Penggambaran”, Fauziah Nawi Sedia Jumpa Agong, PM

Rasanya semua sedia maklum mengenai aktiviti penggambaran yang tidak dibenarkan berlansung di mana-mana kawasan yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sejak pelaksanaan PKP 2.0 pada 13 Januri lepas pun sudah banyak drama dan telefilem yang terpaksa ditangguhkan.

Disebabkan banyak penggambaran yang terpaksa ditangguhkan, pelakon veteran, Fauziah Nawi kini dikatakan bersedia dan sanggup untuk berjumpa dengan pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri kerana mahu memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.

Melalui posting yang dimuat naik di akaun Facebooknya baru-baru ini, Fauziah telah menyuarakan hasratnya untuk merafak sembah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

IKLAN
02a83278 dc3d 4e83 b76d 9a0d76d4a1df

Posting Facebook itu dikatakan telah ditulis sendiri oleh Fauziah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak dan niatnya berbuat begitu hanyalah untuk membela nasib semua anak seni dari pelbagai cabang.

Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.

Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). 

Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran.

Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat. – Kata Fauziah ketika dihubungi oleh Harian Metro hari ini.

Tak dinafikan, banyak industri yang turut terjejas disebabkan oleh pelaksanaan PKP. Apapun semoga Fauziah Nawi dapat selesaikan isu ini dengan pihak yang sepatutnya.

Kredit: Harian Metro, Fauziah Nawi

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas