Connect with us

Oh! Media

Fauziah Latiff Lebih Memilih Bakat Dari Jumlah ‘Followers’ Instagram

fauziah latiff

Oh! Artis

Fauziah Latiff Lebih Memilih Bakat Dari Jumlah ‘Followers’ Instagram

Hajah Siti Fauziah binti Sheikh Abdul Latiff atau dikenali sebagai Fauziah Latiff merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Berlakon? Pastikan Ada Sejuta ‘Followers’” – Fadzil Teh Pertahan Keputusan Stesen TV

Kecoh, sebelum ini stesen televisyen meletakkan syarat pengambilan pelakon memiliki sejuta pengikut di Instagram menjadi isu perbualan antara penggiat seni dan masyarakat.

Bakat penentu kejayaan

fauziah latiff

Menurut Mstar, banyak pandangan dilontarkan oleh masyarakat dan kebanyakannya mahu anak seni yang berbakat diutamakan dan tidak hanya berdasarkan jumlah followers di Instagram.

Menurut penyanyi dan pelakon yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri, Fauziah Latiff berkata, dia lebih mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut di Instagram kerana baginya, bakat penentu kejayaan seseorang anak seni.

Pada saya pertama sekali adalah bakat sebab daripada situlah peminat akan suka kualiti lakonan kita. Jadi kita pun akan berusaha untuk memperbaiki mutu persembahan supaya dapat puaskan hati peminat.

Bila kita bersungguh buat sesuatu kerja kerana bakat, kita akan perbaiki apa yang perlu untuk jadi lebih baik…dalam tak sedar bila kita ada kualiti, secara tak langsung pengikut pun akan datang dan penonton akan lihat sendiri apa kita usahakan.

Pelakon dan penyanyi itu mengatakan bahawa, sekarang ini kita hidup di zaman teknologi dan masyarakat akan melihat segalanya di media sosial. Katanya, semua perlu seiring tapi apa-apa pun bakat itu sangat penting. Kalau ada bakat tapi tak nak belajar pun tak boleh, jelasnya kepada Mstar.

Penyanyi lagu ‘Setia Ku Korbankan’ ini juga berkongsi pengalaman sewaktu penglibatan awal dalam Industri ini.

Saya sendiri belajar daripada kosong…tak mudah untuk sampai ke sini, bermula dari zero. Tiada yang mudah dalam hidup ini.

Tapi sebab kita hargai bakat ini, jadi apabila diberi tanggungjawab kita lakukan sehabis baik.

Fauziah Latiff juga berpesan agar penggiat seni harus terus belajar dan jangan pernah berhenti. Ambil tenaga daripada peminat untuk jadi lebih baik. Dia juga berpesan, sekarang ini untuk berjaya kena seimbangkan antara populariti dan bakat.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas