Connect with us

Oh! Media

“Nak Berlakon? Pastikan Ada Sejuta ‘Followers'” – Fadzil Teh Pertahan Keputusan Stesen TV

Oh! Artis

“Nak Berlakon? Pastikan Ada Sejuta ‘Followers'” – Fadzil Teh Pertahan Keputusan Stesen TV

Sejak akhir-akhir ini, jumlah pelakon baharu semakin meningkat dalam industri hiburan dan dilihat sering muncul dalam drama mahupun filem.

ADVERTISEMENT

BACA: “Beri Watak Ringan Dulu” – Nabila Huda Jawab Isu instafamous Jadi Pelakon

Namun, terdapat juga sesetengah stesen televisyen (TV) yang lebih suka memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut media sosial mereka.

Ketika ini, ramai pelakon yang dipilih bukan dalam kalangan selebriti, sebaliknya hanya instafamous yang diangkat sebagai pelakon kerana jumlah pengikutnya yang ramai.

Fadzil Teh pertahan keputusan stesen TV

Penerbit terkenal, Fadzil Teh menerusi hantarannya di laman Facebook menyokong keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon akan dipilih berdasarkan followers lebih sejuta di Instagram.

Menurut Harian Metro, syarikat penerbitannya menyokong perkara itu bagi menggalakkan peminat artis berkenaan menonton kandungan dalam saluran itu.

Selain itu, beliau beranggapan kewujudan saluran TV berasaskan penstriman adalah wajar supaya industri tanah air dikenali hingga ke luar negara.

Sebagai penerbit, kewujudan saluran TV berasaskan penstriman ini sedikit sebanyak memberi peluang penggiat industri kita untuk mengembangkan karya tempatan ke luar negara.

Apatah lagi, saluran ini memang dari luar negara. Cuma, apabila mereka mula membuka ruang kepada pengkarya tempatan bagi menerbitkan kandungan berbentuk drama dalam saluran mereka,

saya kira ia sesuatu yang perlu disambut baik.

Mampu hasilkan filem berkualiti

Tambahnya lagi, walaupun syarat yang ditetapkan agak ketat, namun ia bukanlah satu masalah besar selain turut memberikan cabaran kepada sesebuah syarikat produksi.

Fadzil Teh

Selain itu, memilih pelakon yang mempunyai pengikut yang ramai mampu menghasilkan filem yang berkualiti oleh sebab menampilkan pelakon yang popular.

Bagi saya, ia bukan masalah utama, sebaliknya memberikan cabaran kepada syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Dalam masa sama, drama yang dihasilkan juga menampilkan pelakon yang popular.

Ada pengikut sejuta pun, berlakon macam kayu

Bagaimanapun, perkongsiannya di laman Facebook itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah beberapa penggiat seni.

Terdapat individu yang beranggapan saluran TV tidak sepatutnya menetapkan syarat sedemikian kerana tidak semua pelakon yang mempunyai ramai pengikut mempunyai bakat yang bagus.

Menurutnya, ia tidaklah menjadi isu sebaliknya pelakon yang mempunyai followers yang ramai adalah bonus bagi mereka dari segi tawaran kerja.

Sebenarnya, ramai juga dalam kalangan pelakon yang berjuta ‘followers’ ini berbakat. 

Popular dan ramai pengikut itu adalah bonus buat mereka sehingga memberi kelebihan dari segi tawaran kerja.

Jadi bagi saya, pelakon yang berbakat dan kurang followers, mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial.

Mengakhiri kenyataannya, beliau menyarankan agar semua penggiat seni untuk akur akan ketetapan itu dan tidak wajar hanya mahu menyalahkan satu pihak sahaja.

Kredit: Harian Metro I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas