Oh! Artis
Fattah Amin Juga Akhirnya Bersuara Isu Pakcik OKU Dipukul Kejam
Ohmedia percaya insiden pakcik OKU di Kemaman, Terengganu yang dibelasah orang ramai pada Jumaat lalu, sudah pasti memberi kesan kepada ramai orang yang melihat video yang tersebar. Ini kerana, pelakon Fattah Amin pun berasa geram dengan kejadian ni.
Fattah dalam satu perkongsian meluahkan rasa simpati dan kecewa melalui Insta-Story. Dia menganggap tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan, apatah lagi berlaku sesama manusia dan Muslim.
Kejadian yang menyentuh hati…

Ya Allah, kenapa la sekejam ini diperlakukan sesama Muslim dan manusia?- Luah Fattah dengan penuh emosi.
Kisah ini mula tular apabila video kejadian tersebar di media sosial. Insiden berlaku selepas lelaki OKU tersebut secara tidak sengaja terlanggar sebuah gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
BACA: Penyerang Pakcik OKU Akan Disaman RM1 Juta Dengan G57
Malangnya, tindakannya itu menyebabkan dia diserang sekumpulan individu tanpa belas ihsan. Netizen mengecam tindakan ganas ini dan menuntut keadilan untuk mangsa.

Terima sokongan seluruh rakyat Malaysia…
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut menyuarakan sokongan terhadap keluarga mangsa dengan menawarkan khidmat peguam secara percuma. Beliau bertegas bahawa keadilan perlu ditegakkan dan laporan polis yang dibuat tidak akan ditarik balik.
BACA: YB Sedia Tawar Khidmat Peguam Percuma Untuk Lelaki OKU Jadi Mangsa Pukul
Keluarga mangsa berhak mendapat keadilan, dan kita akan pastikan pelaku bertanggungjawab atas perbuatan mereka.- Katanya.
Polis telah menahan lima orang individu….

Setakat ini, pihak polis telah menahan lima individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini. Suspek-suspek berusia antara 18 hingga 60 tahun kini sedang disiasat untuk membantu kes ini.
Kejadian seperti ini membuka mata masyarakat tentang pentingnya nilai kemanusiaan dan undang-undang yang tegas terhadap keganasan.
#OhmediaNasihat
Jangan biarkan emosi menguasai tindakan kita sehingga sanggup menyakiti orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perlindungan.
Ingat, setiap perbuatan ada balasannya. Semoga keadilan dapat ditegakkan, dan kejadian seperti ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM