Connect with us

Oh! Media

Penyerang Pakcik OKU Akan Disaman RM1 Juta Dengan G57

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Penyerang Pakcik OKU Akan Disaman RM1 Juta Dengan G57

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mengumumkan hasrat untuk menyaman sekumpulan individu sebanyak RM1 juta.

Ini selepas sekumpulan orang awam itu menyerang tanpa belas kasihan seorang lelaki OKU di pasar tani Chukai, Terengganu, Jumaat lalu.

Tindakan tegas dengan saman untuk peringatan dan hentikan kekejaman…

Img 0942

Menurut Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar, saman ini adalah langkah tegas untuk melindungi golongan tidak berdaya.

IKLAN

Saman ini adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang terbabit kerana bertindak di luar batas undang-undang.

Kumpulan peguam kami akan menghubungi keluarga lelaki itu bagi berbincang dan berharap mereka bersetuju untuk memulakan proses saman.- Katanya.

Beliau turut mengecam tindakan itu sebagai gambaran sikap zalim.

Kita menentang kekejaman Israel tetapi dalam masa sama kejadian menimpa lelaki OKU itu jelas menggambarkan perilaku yang serupa dengan kekejaman negara haram berkenaan.- Tambahnya.

Mangsa yang berusia 47 tahun secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan ketika menunggang motosikal di pasar tani tersebut. Kejadian itu menyebabkan beberapa individu bertindak kasar dengan memukulnya sehingga cedera.

Susulan itu, polis telah menahan tiga suspek berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

G57 juga akan bayar kerugian peniaga terlibat…

Img 0975

Datuk Zulkarnain juga memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melangsaikan kerugian peniaga yang terjejas akibat insiden tersebut.

Kami berharap keluarga lelaki OKU itu tidak menarik semula laporan polis walaupun selepas ini usaha memujuk mereka dibuat.- Katanya lagi.

#OhmediaNasihat

Insiden ini mengingatkan kita untuk sentiasa bersikap sabar dan bertimbang rasa. Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang tidak berdaya.

Sebagai masyarakat, kita perlu menyokong usaha menegakkan keadilan tanpa diskriminasi.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas