Connect with us

Oh! Media

Fathia Latiff Akui Berdendam Dengan Aiman Hakim?

Fathia

Oh! Artis

Fathia Latiff Akui Berdendam Dengan Aiman Hakim?

Masih panas dan kecoh dengan kontroversi yang melibatkan pelakon Fathia Latiff, baru-baru ini aktres itu telah memuat naik gambar suami orang iaitu pelakon Aiman Hakim Redza di Instagramnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Fathia Latiff Throwback Gambar Masa ‘Couple’ Dengan Aiman Hakim

Terbaharu, penyanyi rap Caprice berjaya menghubungi Fathia dan berborak menerusi panggilan video.

Difahamkan, sepatutnya Fathia dan Caprice membuat podcast bersama namun, mereka hanya membuat panggilan video dengannya ketika di lapangan terbang sebelum berlepas ke Tokyo, Jepun.

Fathia

Menerusi Instagram, Caprice berkongsi sedikit sedutan rakaman perbualan mereka berkenaan kontroversi yang tengah hangat dibualkan ketika ini.

Ujar Fathia, dia tidak mahu mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim kerana dia mempunyai hak bercakap tentang apa sahaja.

Tapi dia selebriti. Saya boleh post apa sahaja yang saya mahu. Semua orang di dunia guna foto public figure, kenapa saya tak boleh?

fathia

Malah, Fathia turut menyatakan Aiman pernah berada dalam hidupnya selama lima tahun tetapi akui sudah move on daripada hubungan mereka yang lalu.

Menurut aktres berusia 36 tahun itu, dia turut mengaku menyimpan dendam terhadap Aiman.

fathia

Kami bersama selama lima tahun. Saya tak rasa ia salah untuk saya post tentang sesuatu yang ada ruang dalam hati saya. Saya ada dendam (terhadap Aiman), saya sudah tidak sayangkannya.

Tambahan, versi penuh video perbualan Cap dan Fathia akan dimuat naik di podcast penyanyi rap tersebut pada jam 9 malam ini.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Baik settle tepi la kalau nak gaduh macam ni sebab saja merumitkan keadaan dan tambahkan kontroversi. OMRasa fatiyalatiff anju AzharSulaiman

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas