Connect with us

Oh! Media

Faris Azrii Choii Mohon Maaf Isu Adakan Konsert Pada Malam Nisfu Sya’ban

nisfu sya'ban

Oh! Artis

Faris Azrii Choii Mohon Maaf Isu Adakan Konsert Pada Malam Nisfu Sya’ban

Kecoh juga la pasal konsert diadakan pada malam Nisfu Sya’ban hari tu. Lebih parah apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan ia isu politik.

ADVERTISEMENT

Macam di Kedah, konsert Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 teruk dihentam. Sedar tentang perkara itu, penganjur konsert, Faris Azrii tampil membuat permohonan maaf.

Apa yang berlaku ini memang tidak melibatkan mana-mana badan kerajaan dan memang salah pihak kami. Tidak melibatkan mana-mana kerajaan dan saya betul-betul mohon maaf kepada kerajaan Kedah.

Tentang isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf kerana saya membawa hip-hop ke bumi Kedah tapi ini kejadian pada hari Jumaat bukan sabtu. Tapi kita juga adakan konsert dan itu kesalahan di pihak kami juga.

Faris Azrii Choii akui terlepas pandang malam Nisfu Sya’ban…

Faris dalam pada itu turut mengakui dirinya terlepas pandang tentang malam Nisfu Sya’ban dan sebagai anak muda yang terlibat dalam dunia usahawan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

@farisazrii

Permohonan maaf daripada saya mengenai isu di Negeri Kedah …

♬ Cap – burrell

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas