
Oh! Artis
Farid Kamil Tawar RM300,000 Untuk Berdamai, Bagi Hadiah Toyota Vellfire Dan Barang Kemas Kepada Isteri
Oleh
Pelakon Farid Kamil nampaknya tak berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.
Hari ini, pelakon itu menawarkan hadiah berjumlah lebih RM300,000 iaitu sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah.
Farid Kamil usaha pujuk Diana Danielle
Menerusi satu surat bertarikh 11 April 2023, Farid dengan setulus hati berharap tawaran itu dapat melembutkan hati isterinya demi masa depan dua anak iaitu Muhammad dan Aurora.

Terdahulu, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding sulh memakai baju kemeja berwarna biru muda dengan bersongkok.
BACA: Farid Kamil Akan Buat Sidang Media Lepas Proses Sulh, Beritahu Ada Kejutan Menanti?
Walau bagaimanapun, Diana Danielle tidak dapat hadir bagi prosiding itu dan perkara ini dikatakan sendiri peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Kredit: Kosmo!
