Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Akan Buat Sidang Media Lepas Proses Sulh, Beritahu Ada Kejutan Menanti?

Untitled Design   1

Oh! Artis

Farid Kamil Akan Buat Sidang Media Lepas Proses Sulh, Beritahu Ada Kejutan Menanti?

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Dianelle menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada jam 11:40 pagi hari ini.

BACA : Diana Dianelle, Farid Kamil Hadir Prosiding Sulh Pagi Ini

Farid tiba di mahkamah bersama pembantunya kelihatan memakai baju kemeja berwarna biru muda dengan bersongkok.

IKLAN

Hari ini saya datang untuk sulh. Sekejap lagi selepas proses sulh saya akan buat pc (sidang media), itu lah kejutan yang saya akan buat. Perasaan saya sangat bersyukur dan gembira kerana akan berjumpa dengan anak-anak saya tidak lama lagi. Selamat hari raya.

Walau bagaimanapun, Diana Danielle tidak dapat hadir bagi prosiding sulh hari ini dan perkara ini dikatakan sendiri peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Untuk info, Sulh merupakan satu majlis perbincangan antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas