Connect with us

Oh! Media

Diana Dianelle, Farid Kamil Hadir Prosiding Sulh Pagi Ini

Diana Dianelle

Oh! Artis

Diana Dianelle, Farid Kamil Hadir Prosiding Sulh Pagi Ini

Pelakon Farid Kamil dan Diana Dianelle akan menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada jam 11:40 pagi hari ini.

ADVERTISEMENT

Pekara ini dimaklumkan oleh peguam syarie menerusi aplikasi Whatsappnya yang mewakili Farid Kamil ke mahkamah.

Sulh pada jam 11.40 pagi

Seawal jam 8 pagi, seramai 20 pengamal media dari pelbagai agensi sudah berkumpul di pekarangan mahkamah untuk membuat liputan berkenaan kes ini. Prosiding sulh merupakan majlis perbincangan antara pihak yang terlibat dalam pertikaian yang membabitkan satu atau lebih tuntutan dan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Jika kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara damai, ini akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pelakon Imaginur itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac yang lalu.

Diana memaklumkan sebab dia berbuat sedemikian kerana sudah tiada persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid tidak mahu melafazkan cerai terhadap isterinya, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah perintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 30 Mei untuk melaporkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas