Connect with us

Oh! Media

Family! Vin Diesel Gantikan Paul Walker Untuk Iringi Majlis Kahwin Anak Sahabat

vin diesel

Oh! Artis

Family! Vin Diesel Gantikan Paul Walker Untuk Iringi Majlis Kahwin Anak Sahabat

Tiada apa yang lebih kuat dalam dunia ini jika kita ada keluarga. Itulah apa yang dipegang Dominic Toretto lakonan Vin Diesel dalam siri filemnya, Fast and Furios. Semangat kekeluargaan ini juga sebenarnya dipegang kuat Vin Diesel dalam kehidupan biasanya.

ADVERTISEMENT
vin diesel

Ini dapat dilihat apabila Diesel hadir ke majlis perkahwinan anak sahabat baiknya, mendiang Paul Walker iaitu Meadow Walker dan sudi menjadi pengiring di majlis perkahwinan itu. Diesel bersetuju menggantikan peranan Paul untuk mengiring anak rakannya itu yang berkahwin bersama pelakon Louis Thornton-Allan.

“Kami sudah berkahwin!”, kata Meadow yang berusia 22 tahun.

Meadow turut berkongsi satu video menunjukkan Diesel muncul sebagai pengiring pengantin perempuan bersama-sama ahli keluarga dan rakan yang lain.

Diesel yang juga merupakan ayah baptis Meadow turut mengiringinya untuk lafaz perkahwinan mereka.

Untuk pengetahuan, Paul Walker bintang Fast and Furious meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2013 lalu. Ketika kejadian itu, Meadow baru sahaja berumur 15 tahun.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top