Connect with us

Oh! Media

“Cer Check Artis Pilihan You” – Awesome TV Selar A. Aida, Erma Fatima Cakap Stesen TV Dua Kali Lima

ermaaaidaawesome

Oh! Artis

“Cer Check Artis Pilihan You” – Awesome TV Selar A. Aida, Erma Fatima Cakap Stesen TV Dua Kali Lima

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit, Dato A. Aida menjadi bualan netizen selepas dia mengeluarkan kenyataan ingin mencari bakat baru yang mempunyai rupa paras yang elok berbanding bakat.

BACA: Amerul Affendi Kritik A. Aida Mahukan Pelakon Baharu Perlu Cantik Dan Kacak

Kenyataannya itu turut mendapat respon daripada rakan artis yang lain seperti Azhan Rani serta Amerul Affendi yang ternyata tidak bersetuju dengan pandangan penerbit tersebut.

IKLAN

Erma Fatima juga beri respon

Terbaru, seorang lagi pelakon dan pengarah hebat, tampil memberikan respon terhadap kenyataan dikeluarkan Dato A. Aida itu menerusi hantaran di Instagramnya.

Kau (Dato A. Aida) jujur sangat menyuarakan kehendak station dan penonton.

Bukan itu sahaja, Erma juga seakan memerli sebuah stesen televisyen dengan mendakwa artis pilihan mereka juga mementingkan paras rupa berbanding bakat menerusi kapsyennya.

Kelakarlah you ni, cakap kena serupa bikin. Cuba check artis pilihan station you.

#Cek dah lama atas meja akauntan cakap. Makan tahun nak sign cek ke?

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas mencadangkan agar pihak FINAS mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida ekoran kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Bukan itu sahaja, pihak Adam Ilyas juga menanggap Dato A. Aida tidak layak memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Finas.

Kredit: Instagram Erma Fatima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas