Connect with us

Oh! Artis

Selalu Sakit Belakang Dan Leher Susah Gerak, Syatilla Melvin Kena ‘Slip Disc’

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin telah disahkan menghidap penyakit ‘slip disc’ selepas pergi ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Allahu..

Menerusi Instagram, Syatilla berkata yang pada mulanya dia rasa sakit akibat sering mengalami sakit belakang dan sukar menggerakkan leher.

IKLAN
Syatilla Melvin

Benda dah nak jadi kan. Tiga hari tak boleh gerakkan leher dan tak boleh nak pusing.

Ingatkan sakit urat biasa, sebab menyusu anak memang akan sakit dekat bahagian belakang badan.

Rupa-rupanya dapat ‘hadiah’ kena slip disc di tahun 2024. Semoga runtuh dosa-dosa aku amin.

Bukan tu jer, Syatilla juga ada berkongsi video menunjukkan dia sedang melakukan ujian radioterapi.

Isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu juga meminta rata-rata pengikutnya untuk mendoakan dirinya. Semoga cepat sembuh ye Syatilla!

Kredit: Instagram Syatilla Melvin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas