Connect with us

Oh! Media

Engku Emran Akhirnya Jawab Dakwaan Ada Hubungan Dengan Fiza Halim

engku emran

Oh! Artis

Engku Emran Akhirnya Jawab Dakwaan Ada Hubungan Dengan Fiza Halim

Bekas suami kepada beberapa orang selebriti dalam dan luar negara, Engku Emran baru-baru ini tampil dalam temu bual bersama pihak Zayan radio. Hari tu Engku kata nak cari isteri asal Korea, jadi kali ni apa pula yang dikongsikan bersama Zayan?

ADVERTISEMENT

BACA: Engku Emran Beri Tahu Alif Satar Nak Cari Isteri Korea Pula Lepas Ni

Sebelum ini, nama Engku Emran dikaitkan dengan pelakon wanita, Fiza Halim dan dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas tersebar gambar seakan anak-anak Fiza keluar bersamanya.

Walaupun gosip itu sudah lama berlalu, Engku Emran menggunakan peluang ini untuk menafikan dakwaan terbabit. Dua orang remaja yang bergambar bersama dirinya di rumah bukanlah anak kepada Fiza sebaliknya anak sahabatnya.

Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah. Bulan puasa mereka datang ke Malaysia, saya jamu dia buka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian. Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah.

Gosip itu turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya iaitu Salmah Abu Bakar.

Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran? Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita, anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah.

Terdahulu, Engku Emran telah bercerai dengan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Nabila setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas