Connect with us

Oh! Media

Engku Emran Beri Tahu Alif Satar Nak Cari Isteri Korea Pula Lepas Ni

Engku emran ohmedia

Oh! Artis

Engku Emran Beri Tahu Alif Satar Nak Cari Isteri Korea Pula Lepas Ni

Malaysia sudah, Indonesia sudah, Kelantan sudah, sekarang Engku Emran nak cuba cari isteri asal Korea pula? Itulah apa yang dikatakan Engku Emran kepada penyanyi Alif Satar di ruangan komen sehingga menarik perhatian netizen.

Ianya bermula selepas Engku berkongsi satu penulisan yang agak panjang mengenai pengalamannya dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lalu.

Aliff Satar kemudian memberikan pujian buat Engku yang terlihat seperti pelakon dari Korea aka oppa style. Kemudian, Engku Emran membalas dia mungkin akan mencari isteri berasal dari Korea pula selepas ini.

IKLAN

Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Since i dont understand women might as not understand what they say completely…

Image 66

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Engku kemudian menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Engku selepas itu bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas