
Oh! Artis
Elyana Kongsi Kanser Akhirnya Hilang, Perjuangan 11 Tahun Berhasil
Oleh
Penyanyi popular, Elyana menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini mengumumkan berita paling gembira apabila kanser di dalam badannya telah hilang.
BACA: Elyana Dicadang Guna Ubat Khas, RM50k Satu Rawatan
Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 11 tahun lalu bersyukur perjuangannya selama ini akhirnya membuahkan hasil.
Menerusi hantaran itu, pelantun lagu Kalis Rindu ini turut menyertakan sekeping foto dan video imbasan badan ketika rawatan pagi ini.
Tidak dapat digambarkan perasaan gembiranya kini, Elyana memanjatkan kesyukuran kerana Allah SWT telah mendengar doa-doanya. Dia juga tidak pernah berputus asa berjuang untuk mendapatkan kesihatan yang baik seperti orang lain.
Di hantaran lain, penyanyi ini memaklumkan dia akan menjalani rawatan kimoterapi yang ke 5 hari ini.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut gembira di atas perkhabaran tersebut. Peminat dan rakan artis menitipkan ucapan syukur yang tidak terhingga.
Kredit: Instagram Elyana
