Connect with us

Oh! Media

Elyana Dicadang Guna Ubat Khas, RM50k Satu Rawatan

elyana

Oh! Artis

Elyana Dicadang Guna Ubat Khas, RM50k Satu Rawatan

Menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu, penyanyi, Elyana kembali mendapatkan rawatan berikutan tahap kesihatan yang semakin merosot.

ADVERTISEMENT

BACA: Berat Badan Susut Sehingga 35kg, Elyana Mohon Doa Rawatan Radioterapi Berjalan Lancar

Berkongsi mengenai keadaan kesihatan kini, penyanyi ini memberitahu dia mengalami beberapa kesan sampingan selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu. Antara kesan tersebut adalah rabun yang teruk.

Kata penyanyi Kalis Rindu ini lagi, badannya menjadi agak lemah serta perut mengeras menyebabkan pernafasannya terganggu. Malah, dia juga mengalami pening kepala disebabkan penglihatan yang kabur.

Dalam perkembangan lain, Elyana atau nama sebenarnya Emeelya Elyana Emrizal berkata dia dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi Jumaat ini.

Katanya lagi, ubat khas itu agak mahal harganya iaitu mencecah sehingga RM50,000. Ianya perlu digunakan untuk lima kali rawatan.

Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.

Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.

Elyana yang terjejas pendapatan akibat pandemik memberitahu kos rawatan yang tinggi sedikit menggusarkan hatinya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas