Connect with us

Oh! Media

“Allah Bagi Nikmat Rasa Jadi Ibu Itu Pada Minggu Lepas, Tapi…’” – Elizad

Oh! Artis

“Allah Bagi Nikmat Rasa Jadi Ibu Itu Pada Minggu Lepas, Tapi…’” – Elizad

Siapa sangka disebalik senyum riang seseorang rupanya ada tersimpan beribu kisah duka.

ADVERTISEMENT


Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, dikatakan telah mengalami keguguran baru-baru ini.

Elizad juga ada menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan iaitu in-vitro (IVF) pada 21 Oktober yang lalu.

Saya hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.

Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.

Bila doktor bagitahu saya hamil minggu lepas. MasyaAllah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama tunggu, tapi kandungan tak kuat dan alami pendarahan. 

Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika. – Kata Elizad.

Elizad ada memberitahu bahawa dia enggan mengalah dan akan tetap berusaha dalam perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri, dia juga akur mungkin belum ada rezeki lagi buat dia.

Tak apa, Insha-Allah ada rezeki lain. Husnuzon. Saya takkan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.

Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini. – Katanya.

Dia sekarang lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Elizad masih tetap mahu meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Dia juga dikatakan sudah lali menjawab persoalan mengenai anak.

Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.

Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan 

Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.

Berat sungguh ujian Siti Elizad. Kadang-kadang kita tengok orang yang selalu happy ni macam tak ada masalah tapi itu lah cara diorang nak sembunyikan rasa sedih. Semoga Elizad sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas